Rakan Setia

Sunday, October 10, 2010

Kursus Pengurusan Pendidikan Prasekolah










Tanggal 06 - 08 Oktober yang lalu telah dijalankan kursus pengurusan pendidikan prasekolah di Pulau Pangkor. Seramai 36 orang guru prasekolah telah terlibat di dalam kursus tersebut. Kursus kali ini merupakan kursus pendidikan luar dengan kerjasama antara JPN dan Pusat Kokurikulum JPN. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senam robik, berkayak , berenang , berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor dan aktiviti keselamatan di air. Kursus tersebut telah memberikan pengalaman yang sungguh menarik dan tidak dapat dilupakan oleh peserta kursus yang terlibat. Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Tn. Hj. Mohd. Fuat b. Yusof ( Penolong Pengarah Prasekolah JPN Perak ). Terima kasih diucapkan kepada En. Azhar b. Ahmad ( Penyelia Prasekolah JPN ) , En. Madzran b. Raden Sukianto ( Pegawai Khas pengurusan sekolah ( R ) dan semua jurulatih pusat kokurikulum yang telah berusaha dan bertungkus lumus melatih peserta kursus.





No comments:

Post a Comment

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan