Rakan Setia

Wednesday, September 29, 2010

SENARAI FAIL YANG PERLU ADA DI KELAS PRASEKOLAH

Atas permintaan rakan- rakan di sini saya senaraikan fail - fail yang perlu ada di dalam kelas prasekolah. Terdapat juga fail - fail lain yang disediakan tetapi bergantung ikut keperluan.

1.FAIL PANITIA
- Senarai AJK/Carta Organisasi/Jadual Waktu/Sukatan dan Huraian Prasek/Ranc.Tahunan/Takwim/Carta Gantt/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat/Biodata Guru Prasek,PPM,Guru Pend.Islam
2. FAIL PENGURUSAN PRASEKOLAH - Arahan-arahan/Pekeliling berkaitan
3. REKOD PERKEMBANGAN MURID - Senarai Semak/Rekod Anekdot/Rekod Berterusan/Analisis Kajian 3M/Junior Kids Programme
4. FAIL PERIBADI MURID - Salinan Surat Beranak/Kad Pengenalan Ibu Bapa,Penjaga/Rekod Kesihatan Murid/Sijil Sakit
5. FAIL HASIL KERJA MURID - Individu dan Kumpulan (Pastikan disemak dan diberikan ulasan)
6. FAIL PERMUAFAKATAN - Senarai AJK/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
7. FAIL PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH - Senarai AJK (GB,PK1,PK2,PKko,Guru Prasek,Guru Pend.Islam,Guru Tahap 1)/Senarai Nama Murid dan Pendapatan Ibu Bapa,Penjaga/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat
8. FAIL KEWANGAN - Jumlah Terimaan PCG (salinan disahkan)/Perbelanjaan,Pembelian(salinan disahkan)/Lawatan/Tajaan dll
9. FAIL MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/SEMINAR - Surat panggilan/'Hands-out'
10. FAIL STOK - Inventori (Borang Kew PA3 & Kew PA5)-Peralatan yang tidak perlu penyelenggaraan tetapi mesti ada pelupusan/Harta Modal (Borang Kew PA2 & Kew PA4)-Peralatan yang perlu penyelenggaraan berjadual/tidak berjadual yang perlu pelupusan/Peralatan Pejabat (Borang J3 & J4)-Peralatan pakai buang/(Borang Kew PA7)-Senarai peralatan modal dan inventori dalam kelas dan ditampal pada dinding
11. FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH DAN PPM
12. BUKU REKOD PELAWAT
13. BUKU REKOD KELUAR MASUK MURID
14. BUKU REKOD PERGERAKAN GURU
15. BUKU REKOD PERGERAKAN PPM

Monday, September 27, 2010

KAD BACAAN





Kad bacaan bertemakan pekerjaan ini disediakan untuk aktiviti membaca dan aktiviti menyalin semula cerita dan ayat mudah di dalam kelas. Sekiranya ianya berguna boleh klik dan save atau print.


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Sunday, September 26, 2010

MESYUARAT PEMBINAAN BAHAN SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH 2010

TAKLIMAT RINGKAS SEMPENA MESYUARAT PEMBINAAN BAHAN SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH 2010


TEMPAT : SHAH’S BEACH RESORT,TANJUNG KLING,MELAKA

TARIKH : 20-23 SEPTEMBER 2010


1) Ucapan dari DR.Ng Soo Boon ( Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

* Mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama bagi menjayakan KSPK dengan lebih berkesan

* Guru-guru dapat mengaplikasikan 50% Bahasa Inggeris didalam kelas .

* KPM menyedari bahawa tidak semua guru boleh berbahasa Inggeris dengan baik,akan tetapi perlu mempelajari pedagogi yang betul dalam proses P&P Bahasa Inggeris.

* Pelbagai bahan Bahasa Inggeris telah dan akan disediakan bagi memberi galakan dan panduan kepada guru-guru Prasekolah melaksanakan P&P dalam Bahasa Inggeris.

* Mengharapkan semua guru tidak merasa terbeban dengan tugasan yang diberi

2) Ucapan dari En.Shamsudin b Hj Jamil (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

* Menyatakan Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK) telah mendapat Pengarah yang baru iaitu Datu Dr.Hj.Julaihi Hj.Bujang.

* Pihak BPK sendiri akan ‘turun padang’ dalam memberikan input dan maklumat terkini kepada semua guru-guru prasekolah.Sebahagian pakej diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing.

* Pada akhir tahun ini dan awal tahun hadapan KPM akan membekalkan dengan 7 modul bercetak seperti ‘Big Book’, ‘Thematic Module’, Skrip Bahasa Inggeris, Teachers Guide, Phonic dan sebagainya.

* Pada 4-6 Oktober 2010 seramai 230 Jurulatih Utama seluruh Malaysia akan dipanggil untuk menyertai ‘Team Building’ di Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.

* Semua guru-guru seluruh Malaysia akan dipanggil untuk mengikuti beberapa siri kursus bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan.

* Diantara kursus yang akan diberikan dalam waktu terdekat ialah:


a) KSPK REVIEW (7jam)

* Memberikan ruang dan peluang kepada semua guru menyemak semula permasalahan yang dihadapi sepanjang berjalannya KSPK pada tahun 2010 ini.

* Akan diedarkan contoh jadual waktu bagi memudahkan guru-guru melaksanakan pembahagian waktu P&P.

* Instrument standard prestasi murid akan diedarkan untuk mengesan kemahiran murid.

* Instrument ini perlu dikembalikan semula sebagai ujian rintis sebelum ia ditambahbaikkan dan akan diseragamkan diperingkat kebangsaan.


b) Bengkel Bahasa Inggeris

* Skrip dalam Bahasa Inggeris untuk P&P akan diedarkan bagi memudah guru-guru prasekolah menggunakan Bahasa Ingeris sebagai panduan mereka untuk berkomunikasi dengan murid.

* Akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan didalam menggunakan Bahasa Inggeris.

Akhirnya beliau mengharapkan semua guru-guru berani untuk berbahasa Inggeris didalam kelas.


Disediakan oleh:

Juzaidah Binti Zainal Abidin
S.K Sungai Galah,
TanjungTualang,Perak.

PERSIDANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010




LAPORAN PERSIDANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

29 JUN-2 JULAI 2010 [PEARL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR ]

“Meneroka amalan terbaik dalam perlaksanaan kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan”

RESOLUSI CONFERENCE

1. Latihan berterusan – pendedahan kepada guru Prasekolah/latihan guru

2. Menambah bilangan guru – 2 guru : 25 murid

3. Penambahan Pembantu Guru

4. Penglibatan Ibu/Bapa-menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti Prasekolah

5. Kualiti guru – pemilihan bakal guru perlu lebih teliti

6. Pemeriksaan kesihatan - dapat dilakukan secara menyeluruh

7. Pembayaran untuk pembukaan Tadika

8. Etika berpakaian – perlu lebih meyakinkan dan sesuai

9. Jawatankuasa permuafakatan Prasekolah –untuk wujudkan suasana semulajadi dan mesra

10. Pentaksiran – perlu disediakan untuk perkembangan murid dan seliaan

11. Jaringan( networking) – mewujudkan persatuan/pusat sukan dan sebagainya

12. Persekitaran – perlu lebih kondusif,ceria, selesa dan selamat

13. Pemantauan – Pihak pentadbir perlu lebih mengambil berat mengenai Prasekolah

14. Tambahkan aktiviti dalam kurikulum – Memastikan kesinambungan kurikulum antara pra dan sekolah

15. Kajian dan pembentangan kajian – perlu banyak menjalankan kajian.

16. Pendaftaran .


Saturday, September 25, 2010

Thursday, September 23, 2010

PEKERJAAN




Tema pekerjaan kali ini boleh digunakan untuk aktiviti memadankan perkataan dengan gambar. Selain daripada itu aktiviti membina ayat berdasarkan gambar juga boleh dijalankan. Gambar- gambar yang disediakan juga boleh dipotong untuk dijadikan puppet untuk aktiviti kreativiti dan estetika...

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010 SEMOGA BERJAYA


Selamat menempuh peperiksaan UPSR 2010, semoga berjaya dengan cemerlang......


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua saudara - mara, sahabat handai, rakan-rakan blogger, muslimin dan mislimat yang dirahmati Allah di mana saja berada.
Ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya terdapat salah dan silap , terlanjur bicara, tersentuh di mana-mana, samada yang tersurat dan tersirat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


glitter-graphics.com

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan