Rakan Setia

Sunday, September 26, 2010

MESYUARAT PEMBINAAN BAHAN SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH 2010

TAKLIMAT RINGKAS SEMPENA MESYUARAT PEMBINAAN BAHAN SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH 2010


TEMPAT : SHAH’S BEACH RESORT,TANJUNG KLING,MELAKA

TARIKH : 20-23 SEPTEMBER 2010


1) Ucapan dari DR.Ng Soo Boon ( Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

* Mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama bagi menjayakan KSPK dengan lebih berkesan

* Guru-guru dapat mengaplikasikan 50% Bahasa Inggeris didalam kelas .

* KPM menyedari bahawa tidak semua guru boleh berbahasa Inggeris dengan baik,akan tetapi perlu mempelajari pedagogi yang betul dalam proses P&P Bahasa Inggeris.

* Pelbagai bahan Bahasa Inggeris telah dan akan disediakan bagi memberi galakan dan panduan kepada guru-guru Prasekolah melaksanakan P&P dalam Bahasa Inggeris.

* Mengharapkan semua guru tidak merasa terbeban dengan tugasan yang diberi

2) Ucapan dari En.Shamsudin b Hj Jamil (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

* Menyatakan Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK) telah mendapat Pengarah yang baru iaitu Datu Dr.Hj.Julaihi Hj.Bujang.

* Pihak BPK sendiri akan ‘turun padang’ dalam memberikan input dan maklumat terkini kepada semua guru-guru prasekolah.Sebahagian pakej diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing.

* Pada akhir tahun ini dan awal tahun hadapan KPM akan membekalkan dengan 7 modul bercetak seperti ‘Big Book’, ‘Thematic Module’, Skrip Bahasa Inggeris, Teachers Guide, Phonic dan sebagainya.

* Pada 4-6 Oktober 2010 seramai 230 Jurulatih Utama seluruh Malaysia akan dipanggil untuk menyertai ‘Team Building’ di Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.

* Semua guru-guru seluruh Malaysia akan dipanggil untuk mengikuti beberapa siri kursus bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan.

* Diantara kursus yang akan diberikan dalam waktu terdekat ialah:


a) KSPK REVIEW (7jam)

* Memberikan ruang dan peluang kepada semua guru menyemak semula permasalahan yang dihadapi sepanjang berjalannya KSPK pada tahun 2010 ini.

* Akan diedarkan contoh jadual waktu bagi memudahkan guru-guru melaksanakan pembahagian waktu P&P.

* Instrument standard prestasi murid akan diedarkan untuk mengesan kemahiran murid.

* Instrument ini perlu dikembalikan semula sebagai ujian rintis sebelum ia ditambahbaikkan dan akan diseragamkan diperingkat kebangsaan.


b) Bengkel Bahasa Inggeris

* Skrip dalam Bahasa Inggeris untuk P&P akan diedarkan bagi memudah guru-guru prasekolah menggunakan Bahasa Ingeris sebagai panduan mereka untuk berkomunikasi dengan murid.

* Akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan didalam menggunakan Bahasa Inggeris.

Akhirnya beliau mengharapkan semua guru-guru berani untuk berbahasa Inggeris didalam kelas.


Disediakan oleh:

Juzaidah Binti Zainal Abidin
S.K Sungai Galah,
TanjungTualang,Perak.

No comments:

Post a Comment

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan