Rakan Setia

Thursday, December 31, 2009

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 , 2010

SK Dato' Mas'ud, 31 Disember 2009 ( Khamis ) ,
Seramai 25 orang murid Prasekolah dan 36 orang murid Tahun 1 hadir bersama ibu-bapa mereka untuk mendaftar bagi sesi persekolahan 2010. Sesi pendaftaran bemula jam 9.00 pagi bertempat di kelas prasekolah,bilik kelas dan kantin sekolah. Satu sesi taklimat dan dialog ibu-bapa murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah SKDM dengan guru besar dan PK HEM berlangsung mulai jam 10.00 pagi. Beberapa perkara berhubung dengan dasar kementerian pelajaran , perubahan dalam pendidikan Prasekolah, hal ehwal pelajar, SMM dan peraturan sekolah turut diterangkan oleh guru besar dan PK HEM. Selain daripada itu satu mesyuarat permuafakatan ibu bapa Prasekolah SKDM turut diadakan . Tujuan mesyuarat tersebut dilaksanakan adalah untuk memberikan taklimat mengenai prasekolah, perlantikan AJK Permuafakatan PIBG Prasekolah, program dan aktiviti prasekolah yang bakal dilaksanakan pada tahun 2010.

Tuesday, December 29, 2009

PERUBAHAN BARU KURIKULUM PRASEKOLAH

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KPK) (LAMA)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) (BARU)

KPK (3M) - KSPK (4M)

- MEMBACA - MEMBACA

- MENULIS - MENULIS

- MENGIRA - MENGIRA

- MENAAKUL

AGIHAN MASA

KPK – 3 JAM 30 MINIT KSPK 4 JAM

(1050 MINIT SEMINGGU) (1200 MINIT SEMINGGU)

PENGAJARAN 50% DALAM BAHASA INGGERIS KSPK

SK SJK(C),SJK(T)

600 MINIT BM 400 MINIT - BM

600 MINIT BI 400 MINIT – BI

-400 MINIT – BAHASA IBUNDA

PERUBAHAN ISTILAH

KPK - KSPK

KOMPONEN - TUNJANG

ISI KANDUNGAN - STANDARD KANDUNGAN

HASIL PEMBELAJARAN - STANDARD PEMBELAJARAN

Tuesday, November 24, 2009

Wednesday, November 18, 2009

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SKDM 2009



SK DATO' MAS'UD 18 November 2009, Seramai 25 orang murid-murid Prasekolah SK Dato' Mas'ud telah menerima watikah tamat prasekolah. Watikah tersebut disampaikan dalam majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKDM 2009. Majlis penyampaian graduasi telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Dr. Abdullah Sani b. Yahaya yang mewakili YB Sham b. Mat Sahat ADUN Alor Pongsu yang tidak dapat hadir. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid Prasekolah SKDM.

Thursday, August 6, 2009

Faktor Perlaksanaan Kurikulum


Antara faktor-faktor dalam perlaksanaan kurikulum prasekolah ialah:

ü Ciri-ciri kanak-kanak

ü Alam persekitaran

ü Prinsip pembelajaran

ü Aktiviti yang terancang

Ciri-ciri kanak-kanak

· Kanak-kanak pada peringkat umur ini berada dalam tahap perkembangan kognitif peringkat praoperasi.

· Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan.

· Kanak-kanak sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk berkomunikasi.

· Kanak-kanak perlukan perlindungan dan kasih sayang untuk memupuk perasaan yakin diri.

· Kanak-kanak adalah unit dan berbeza di antara satu sama lain.

Alam sekitar

· Alam persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang.

· Peranan guru sebagai pembimbing, pengasuh dan pendorong ke arah perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani.

· Alam sekitar harus selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang.

· Persekitaran di tadika seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

Prinsip pembelajaran

· Latar belakang murid yang yang berbeza.

· Perbezaan individu menentukan masa yang sesuai untuk belajar dan kadar kemampuan memperolehi ilmu pengetahuan.

· Semua deria murid digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

· Pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan bahan maujud ditekankan.

· Belajar melalui bermain dalam suasana riang diutamakan.

· Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.

· Interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

Aktiviti terancang

· Aktiviti prasekolah perlu dirancang dan dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman pembelajarannya.

· Aktiviti dihubungkaitkan di antara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh

· Prinsip fleksibiliti dan mudah ubah ditekankan dalam semua aktiviti.

Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pendidikan Awal kanak-kanak

Dalam melaksanakan programprasekolah, guru dan perlaksana tadika perlu mengetahui dan memahami perkembangan kanak-kanak supaya mereka boleh menggubah suai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. Kurikulum perlu dirancang dan distrukturkan mengikut titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Bahan atau kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanak-kanak.Guru juga perlu merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.


PENGENALAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.


Konsep pendidikan prasekolah

Merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaraan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal

Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan