Rakan Setia

Monday, May 31, 2010

Slide Power Point perkataan KVKV dan KVK




Salam buat semua, slaid power point ini saya sediakan untuk kemudahan P & P di dalam kelas saya, sekiranya sesuai dan membantu semua guru bolehlah download di bahagian tepi di ruangan BBM. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dalam mendidik anak bangsa yang tercinta.... insyaalah......

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Guruku

Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku
Agar dipimpin terus hambaMu
Agar terhindar dari neraka
Moga dibukakan pintu syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku
Kesilapan anak - anakmu
Kuserahkan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan
Terima kasih cikgu.....

Friday, May 14, 2010

HARI GURU 2010



Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta lagu : Khairulrizam b. Khalid
Pencipta lirik : Ili Nurbahirah bt. Baharudin
Penggubah Muzik : Marzuki b. Tambi

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru - guru di seluruh Malaysia di mana saja berada....... jasamu tidak ternilai harganya...
Terima kasih cikgu....................

Rawatan dan Pemeriksaan Gigi Prasekolah

Jumaat, 14 Mei, 2010
Jururawat pergigian Bagan Serai telah menjalankan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada murid - murid prasekolah bagi kali kedua. Mereka telah menjalankan tunjukcara menggosok gigi dengan betul serta memberikan nasihat pergigian dan pemakanan yang sihat. Murid-murid begitu gembira sekali menerima rawatan tersebut tapi sayangnya saya terlupa membawa kamera pada hari ini untuk merakamkan gambar mereka yang melucukan.Antara nasihat dan penerangan yang diberikan adalah seperti berikut :

Bagaimana memberus gigi dengan betul

Pemilihan berus gigi

1. Jenis
Anda boleh memilih apa jua jenis berus gigi samada yang biasa atau bermotor/ elektrik asalkan anda selesa untuk menggunakannya dan anda boleh memberus seluruh permukaan gigi sehingga gigi yang paling belakang sekali. Tetapi elok jika anda memilih berus gigi yang kepalanya kecil sekitanya anda mempunyai gigi geraham bongsu untuk menyenangkan anda memberusnya.

2. Berus gigi
Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut ( soft ) dan bukannya sederhana(medium) ataupun keras ( hard). Plak yang anda perlu bersihkan setiap hari adalah lembut sahaja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya. Karang gigi TIDAK boleh dibersihkan dengan berus gigi.

Pemilihan ubat gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai berbagai fungsi. Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida ( flouride ) yang penting untuk mengurangkan risiko karies gigi. Sekiranya anda mempunyai gigi yang sensitif, adalah dinasihatkan supaya memilih ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti pada gigi anda seperti Sensodyne ataupun Colgate Sensitive.Sekiranya anda tidak mempunyai masalah, anada boleh menggunakan apa jua ubat gigi mengikut citarasa anda. Apapun yang anda pilih, pastikan anda hanya meletakkan sedikit sahaja ubat gigi keatas berus gigi anda bukan seperti yang anda nampak di iklan ubat gigi. kerana anada tidak memerlukan ubat gigi yang banyak untuk memastikan gigi anda bersih. Penggunaan ubat gigi yang berlebihan hanya membazir dan tidak menyebabkan gigi anda bertambah putih dan bersih.

Cara memberus gigi dengan betul

Untuk memberus seluruh permukaan gigi anda dengan betul anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda ( anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus gigi adalah seperti dibawah :

1. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus ke haapan dan ke belakang.

2. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi stas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

3. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang .

4. Untuk permukaan gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

5. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah dengan cara memberus ke hadapan dan ke belakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.

PERINGATAN

Jangan sesekali memberus gigi anda dengan kuat dan juga memberus permukaan gigi dengan menggerakkan berus ke hadapan dan ke belakang. Ia boleh membawa kemudaratan kepada gigi dan gusi anda kerana ia boleh menyebabkab gusi anda tercedera dan menurun ( recession ) hingga mendedahkan akar gigi anda dan juga menyebabkan leher gigi anda terhakis ( abrasion ). Semoga anda akan memberus gigi dengan betul selepas ini. Gigi yang dibersihkan dengan betul akan membuang plak yang ada pada permukaan gigi anda dan ini boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan karang gigi. Pemberusan yang betul juga akan mengurangkan risiko untuk mendapat karies gigi ( gigi berlubang ) dan juga penyakit keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi anda sering berdarah dan juga menurun.

Monday, May 3, 2010

Tema pakaian



Bahan slaid power point bertema pakaian berwarna digunakan untuk P&P di dalam kelas. Manakala bahan power point hitam putih boleh digunakan untuk aktiviti mewarna dan pengahsilan buku skrap tema pakaian. Bahan - bahan tersebut boleh dimuat turun di bawah bahagian tepi. Semoga bahan tersebut dapat membantu dan dimanfaatkan oleh guru-guru.

Doa sebelum dan selepas makan


Saturday, May 1, 2010

Rawatan/ Pemeriksaan Kesihatan




Jumaat , 30 April,2010
Pihak Klinik Kesihatan Bagan Serai telah menghantar 2 orang jururawat untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid - murid Prasekolah Bestari SK.Dato'Mas'ud. Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuklah kebersihan diri, kuku, gigi, kepala , kutu dan pemeriksaan khas untuk murid lelaki. Mereka juga diberikan nasihat kesihatan dan ubat cacing.Terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah menjalankan rawatan tersebut.

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan