Rakan Setia

Friday, May 14, 2010

Rawatan dan Pemeriksaan Gigi Prasekolah

Jumaat, 14 Mei, 2010
Jururawat pergigian Bagan Serai telah menjalankan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada murid - murid prasekolah bagi kali kedua. Mereka telah menjalankan tunjukcara menggosok gigi dengan betul serta memberikan nasihat pergigian dan pemakanan yang sihat. Murid-murid begitu gembira sekali menerima rawatan tersebut tapi sayangnya saya terlupa membawa kamera pada hari ini untuk merakamkan gambar mereka yang melucukan.Antara nasihat dan penerangan yang diberikan adalah seperti berikut :

Bagaimana memberus gigi dengan betul

Pemilihan berus gigi

1. Jenis
Anda boleh memilih apa jua jenis berus gigi samada yang biasa atau bermotor/ elektrik asalkan anda selesa untuk menggunakannya dan anda boleh memberus seluruh permukaan gigi sehingga gigi yang paling belakang sekali. Tetapi elok jika anda memilih berus gigi yang kepalanya kecil sekitanya anda mempunyai gigi geraham bongsu untuk menyenangkan anda memberusnya.

2. Berus gigi
Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut ( soft ) dan bukannya sederhana(medium) ataupun keras ( hard). Plak yang anda perlu bersihkan setiap hari adalah lembut sahaja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya. Karang gigi TIDAK boleh dibersihkan dengan berus gigi.

Pemilihan ubat gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai berbagai fungsi. Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida ( flouride ) yang penting untuk mengurangkan risiko karies gigi. Sekiranya anda mempunyai gigi yang sensitif, adalah dinasihatkan supaya memilih ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti pada gigi anda seperti Sensodyne ataupun Colgate Sensitive.Sekiranya anda tidak mempunyai masalah, anada boleh menggunakan apa jua ubat gigi mengikut citarasa anda. Apapun yang anda pilih, pastikan anda hanya meletakkan sedikit sahaja ubat gigi keatas berus gigi anda bukan seperti yang anda nampak di iklan ubat gigi. kerana anada tidak memerlukan ubat gigi yang banyak untuk memastikan gigi anda bersih. Penggunaan ubat gigi yang berlebihan hanya membazir dan tidak menyebabkan gigi anda bertambah putih dan bersih.

Cara memberus gigi dengan betul

Untuk memberus seluruh permukaan gigi anda dengan betul anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda ( anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus gigi adalah seperti dibawah :

1. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus ke haapan dan ke belakang.

2. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi stas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

3. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang .

4. Untuk permukaan gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

5. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah dengan cara memberus ke hadapan dan ke belakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.

PERINGATAN

Jangan sesekali memberus gigi anda dengan kuat dan juga memberus permukaan gigi dengan menggerakkan berus ke hadapan dan ke belakang. Ia boleh membawa kemudaratan kepada gigi dan gusi anda kerana ia boleh menyebabkab gusi anda tercedera dan menurun ( recession ) hingga mendedahkan akar gigi anda dan juga menyebabkan leher gigi anda terhakis ( abrasion ). Semoga anda akan memberus gigi dengan betul selepas ini. Gigi yang dibersihkan dengan betul akan membuang plak yang ada pada permukaan gigi anda dan ini boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan karang gigi. Pemberusan yang betul juga akan mengurangkan risiko untuk mendapat karies gigi ( gigi berlubang ) dan juga penyakit keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi anda sering berdarah dan juga menurun.

No comments:

Post a Comment

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan