Rakan Setia

Friday, October 15, 2010

TAKLIMAT MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH

Pada hari Rabu, 13 Oktober,2010 telah dilaksanakan satu taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah untuk guru prasekolah Negeri Perak, 2010. Taklimat tersebut telah dijalankan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang di Hotel Seri Malaysia, Taiping . Guru prasekolah yang terlibat adalah guru-guru prasekolah Daerah Kerian dan Daerah Larut Matang dan Selama. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Rohani bt. Abdul daripada BPK. Selain daripada itu, Skrip Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Asuhan dan Kanak-kanak , Pn Nani Mastina bt. Abdul Hadi.







Monday, October 11, 2010

PERANAN DAN TUGAS GURU DAN PPM

Slaid power point di atas memaparkan peranan dan tugas guru prasekolah dan PPM. Sesiapa yang berminat bolehlah download di bahagian tepi sebelah kanan yang bertajuk pengurusan prasekolah atau boleh juga klik di sini
Selain daripada peranan dan tugas guru prasekolah dan ppm, terdapat juga pekeliling-pekeliling berkaitan dengan prasekolah yang tersenarai di dalam borang pemantauan. Bahan - bahan boleh didownload di bahagian pengurusan prasekolah jika berminat dan memerlukan.

Sunday, October 10, 2010

Kursus Pengurusan Pendidikan Prasekolah










Tanggal 06 - 08 Oktober yang lalu telah dijalankan kursus pengurusan pendidikan prasekolah di Pulau Pangkor. Seramai 36 orang guru prasekolah telah terlibat di dalam kursus tersebut. Kursus kali ini merupakan kursus pendidikan luar dengan kerjasama antara JPN dan Pusat Kokurikulum JPN. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senam robik, berkayak , berenang , berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor dan aktiviti keselamatan di air. Kursus tersebut telah memberikan pengalaman yang sungguh menarik dan tidak dapat dilupakan oleh peserta kursus yang terlibat. Perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Tn. Hj. Mohd. Fuat b. Yusof ( Penolong Pengarah Prasekolah JPN Perak ). Terima kasih diucapkan kepada En. Azhar b. Ahmad ( Penyelia Prasekolah JPN ) , En. Madzran b. Raden Sukianto ( Pegawai Khas pengurusan sekolah ( R ) dan semua jurulatih pusat kokurikulum yang telah berusaha dan bertungkus lumus melatih peserta kursus.





FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan