Rakan Setia

Wednesday, July 28, 2010

Kursus Pembinaan Tapak Blog Prasekolah Perak Fasa 2




Tanggal 27 hingga 29 Julai, 2010, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menganjurkan satu kursus pembinaan tapak blok prasekolah fasa 2 untuk guru - guru prasekolah negeri Perak. Seramai 40 orang peserta dari semua daerah negeri Perak telah menyertai kursus tersebut. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPN, PPD dan semua Jurulatih Utama yang terlibat dalam memberikan input yang amat berguna dalam bidang ICT kepada guru prasekolah. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan dalam bidang P & P.

Monday, July 26, 2010

Tema serangga







Origami Sotong




Sesuai dengan tema Haiwan di air, origami sotong telah menjadi pilihan selain daripada origami ikan. Murid - murid begitu seronok membuat origami tersebut kerana ia amat mudah dan tidak memerlukan langkah yang rumit untuk menghasilkannya.

Pendaftaran Prasekolah 2011

Pendaftaran Prasekolah Sk.Dato' Mas'ud telah dibuka mulai bulan Julai hingga 15 Ogos 2010. Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftar sila ambil tindakan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan. Terima kasih.

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan