Rakan Setia

Monday, July 26, 2010

Origami Sotong




Sesuai dengan tema Haiwan di air, origami sotong telah menjadi pilihan selain daripada origami ikan. Murid - murid begitu seronok membuat origami tersebut kerana ia amat mudah dan tidak memerlukan langkah yang rumit untuk menghasilkannya.

Pendaftaran Prasekolah 2011

Pendaftaran Prasekolah Sk.Dato' Mas'ud telah dibuka mulai bulan Julai hingga 15 Ogos 2010. Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftar sila ambil tindakan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan. Terima kasih.

Monday, June 14, 2010

Sambutan Hari Lahir Fasa 1




Jumaat, 04hb.Jun,2010, Prasekolah Bestari SK. Dato' Mas'ud, Bagan Serai, Perak, telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk kanak - kanak prasekolah. Sambutan hari lahir tersebut adalah bagi meraikan hari lahir murid prasekolah yang lahir mulai bulan Januari hingga bulan Jun. Berbagai juadah telah dihidangkan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti kek, ayam goreng, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya. Guru besar , guru - guru dan ibu bapa murid prasekolah turut meraikan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah menyumbangkan makanan dan hadiah untk murid prasekolah Sk.Dato' Mas'ud. Terima kasih kepada Tuan Guru Besar ( En. Abu Bakar b. Saad ) kerana sudi meraikan majlis tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada murid prasekolah yang menyambut hari lahir. Murid - murid prasekolah sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah malah murid lain yang lahir pada bulan Julai hingga Disember pun turut menerima hadiah.Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.


Murid Prasekolah Bestari SK. Dato' Mas'ud bergambar bersama hadiah yang diterima.


Bergambar bersama Guru Prasekolah Bestari ,Pn. Hjh. Sarifah bt. Ibrahim


Bergambar bersama pembantu pengurusan murid , Pn. Hidayati bt. Hamsah.

Pertandingan Mewarna Anti Dadah



Selasa, 1hb. Jun,2010, telah dijalankan pertandingan mewarna sempena Minggu Anti Dadah Peringkat sekolah. Murid Prasekolah tidak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan mewarna tersebut telah dimenangi oleh Muhammad Aiman b. Mohd.Sabbri sebagai Johan, Muhammad Asyraf b. Mohd. Zahir sebagai naib johan dan Aisyah Nuur Syafiqa bt. Faisal Ibrahim mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pemenang manakala peserta yang tidak berjaya jangan putus asa cuba lagi di pertandingan yang akan datang.....

Monday, May 31, 2010

Slide Power Point perkataan KVKV dan KVK




Salam buat semua, slaid power point ini saya sediakan untuk kemudahan P & P di dalam kelas saya, sekiranya sesuai dan membantu semua guru bolehlah download di bahagian tepi di ruangan BBM. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dalam mendidik anak bangsa yang tercinta.... insyaalah......

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Guruku

Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku
Agar dipimpin terus hambaMu
Agar terhindar dari neraka
Moga dibukakan pintu syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku
Kesilapan anak - anakmu
Kuserahkan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan
Terima kasih cikgu.....

Friday, May 14, 2010

HARI GURU 2010



Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta lagu : Khairulrizam b. Khalid
Pencipta lirik : Ili Nurbahirah bt. Baharudin
Penggubah Muzik : Marzuki b. Tambi

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru - guru di seluruh Malaysia di mana saja berada....... jasamu tidak ternilai harganya...
Terima kasih cikgu....................

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK

FORMAT DAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) NEGERI PERAK
Klik pada gambar untuk muat turun

RPT Minggu Orientasi

RPT Minggu Orientasi
Klik gambar untuk muat turun

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH  KEBANGSAAN
Klik Gambar Untuk Muat Turun Bahan